May 17, 2010

my wiken..






May 13, 2010

Terima Kasih

atas nasihatmu

atas doronganmu

atas segala-galanya

semalam aku seakan tenggelam

jalanku seakan kelam

tapi hari ini sedikit berseri

terima kasih untuk itu..

May 11, 2010

enough is enough

aku dh penat
aku semakin tak larat

terasa macam nk mati
tapi aku tak mahu langkah ku terhenti

aku perlu terus berjuang
kerna aku tahu di sana ada peluang

bukan aku mengalah
bukan jua kerna aku pasrah
tapi aku perlu redha
andai di sini bukan tempatnya..
cukuplah apa yang aku rasa.

May 9, 2010

chambering dah abes..alhamdulillah. skang sdg menanti kepulangan notis perbicaraan bersama tarikh long call aku..yahoooo!!!! akhirnya..penantian 9 bulan penuh bermakna...lepas ni..aku bakal bergelar Peguambela & Peguamcara..omputih kata: Advocate & Solicitor..wahh!!! impian yang tidak pernah terlintas menjadi kenyataan..kerana masa kecilku..aku ingin jadi PILOT!! wahahaha..bila besar sket sedar diri ini gayat + tidak suke belaja subjek complicated seperti sains, kimia, fizik, add math bla bla bla...

impian yang lahir bila aku berada di sekolah menengah..pada awalny aku pilih UIAM kerana ingin mengikut jejak langkah senior aku..kak norhamiza binti kasim yang berjaya melanjutkan pelajaran kat sana dlm jurusan ilmu wahyu...tp aku mula mengorak langkah..memasang angan2 ingin masuk ke tempat sama tp jurusan berbeza..mengapa LAW?? kerana masa tu aku perasan aku petah berbicara..aku ni bnyk mulot masa skolah...cakap bnyk...masuk debat tpi kalah..hehe.berbakat la konon..loyerkn kene byk cakap.... n bcz masa tu laja BAT, PSI & PQS..maka aku pasang angan2 nk buat law shariah..uikss..kemain kn cita2?? *tp xtahu masa tu kalo nk buat law kt uia..amik sivil dulu..wahaha*

mendapat tawaran masuk ke UIAM dlm jurusan itu sudah cukup membuatkan aku tersenyum bangga. alhamdulillah..ada juga anak mak & abah berjaya ke menara gading...dan yang penting aku berjaya menutup mulut2 pengkritik yang byk memandang rendah pada org yg amik PSI & PQS masa skolah..aku masih ingat lagi sorg cikgu ni kata: kalo isi borang UPU ni BAT, PSI & PQS slalu jd subjek tak penting..org skang pandang sains..ade sepupu aku kata, masuk matrik KPM tu bagus...sbb dia dpt amik sains hayat..art takde masa depan...pergghhh...pigi dah!!! ingat xleh idop ker? ish..korang yg kolot...akhirny yang berkata-kata itu pon tak ke mana. aku bukan nk membangga diri..tp at least belajar RESPECT pilihan orang lain...kita ni hidup atas rezeki masing2..jgnlah perkecilkan orang lain..dh itu takdir ALLAH untuk dia..

memulakan langkah mengejar cita2 di matric UIAM, PJ dengan pelbagai pahit manis...bertemu berbagai-bagai ragam manusia...belajar mengenal erti persahabatan. menambah ilmu pengetathuan tentang undang2...apa jua..matric meninggalkan kenangan yang tak mungkin aku lupa..kehilangan rumet tersayang, arwah siti zawanah binti mohd nidzar kerana kanser darah.

aku tinggalkn matric utk melangkah ke dunia yang lebih dekat untuk menggenggam cita-cita. kampus induk UIAM Gombak menjadi saksi segala...jatuh bangun aku..tawa tangis aku...persahabatan yang terbina...ilmu semakin byk aku perolehi..apa shj..empat tahun di sini menceritakan segalanya...tamat pengajian & graduasi dgn selamatnya :)

kemudian, aku membuka pula chapter baru kehidupan yang membuatkn aku dekat dengan impian aku..semakin dekat..aku perlukan 9 bulan untuk merealisasikan impian! ye! aku menjadi pelatih dalam kamar di sebuah firma guaman di melaka raya. pada mulanya aku xmahu pon p chambering tu..takut...xde keyakinan..bla bla bla.tapi berkat sokongan ibu bapa, kawan2 yang sentiasa di sisi, lecturer ku, Dr. Azizah & Bro. Naim...merubah pendirian aku..9 bulan jatuh bangun aku di firma itu..dalam tempoh itu..aku kira2..adelah dalam 4 kali aku menitiskan air mata...dalam tangisan itu, aku berjaya menamatkan latihan dalam kamar akhirnya....tdak ada yang lebih bermakna selain aku tahu menamatkan 9 bulan itu bermakna aku sebelah kaki telah menggapai cita-cita ku!!! menjadi seorang peguam! ya...akhirnya..

aku ingin kongsikan kegembiraan ini bersama mak dan abah yang byk berkorban utk aku..abang, kakak iparku, ain, muhammad irfan yang menjadi kekuatan ku selama ini..tidak lupa kepada lecturers yg membantu aku...kwn2 yg tak pernah jemu bagi dorongan dan sokongan, abby, aya, erma, lubna, muna, yanie, ajie, bunga, husna, ayong,nora, coach, natrah, syeeda dan ramai lagi...cik Azlina, partner di A.B. Ng & Associates, cik Mas Liza & semua staf sokongan firma, kak nik, kak rien, zai, kak fari, uncle, kak eida, jen, auntie, leha, kacak, tuty, tan dan semua..kalian byk membantu aku selama ini...hanya Allah yang dapat membalasnya...

;;