Feb 1, 2010

Petunjuk MU

padaMU Ya Allah aku butuh petunjuk Mu...
aku benar-benar ragu..
aku benar-benar keliru...
entah apa yg aku mahu.
entah apa yg membelenggu benak ku..
pada Mu Ya Rabbi..
Kau bukakan pintu hati ini
moga pendirianku utuh pd jalan yg Engkau redhai
moga langkah kaki ku kukuh
menempuh takdir Ilahi..

semalam aku lupa
bila Engkau kurnia nikmat dunia
namun di saat-saat aku berduka
Engkau adalah tempat yg aku damba
segala resah di jiwa

kadangkala aku rasa...
tidak adil buat MU Pencipta
kerna..
Engkau sentiasa dekat dengan semua setiap masa
tapi Hamba durjana ini sering alpa..

Ya Rabbi 'Izzati..
Kau ampunkan segala dosa
Kau sucikan segala noda yg terpalit
dalam rencah jalanan tika hayatku di dunia
aku ingin kembali padaMU dengan setenangnya.

0 Comments:

Post a Comment