Sep 28, 2010

Dari Sahabat Untuk Sahabat

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung
kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan
kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan
perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan
keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan
dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan
kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita
sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang
sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita
memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa
kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian
masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang
diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada
cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa
takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia
pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan
berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita
rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila
terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar
harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg
hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan
sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih
dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang
sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita
sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita
sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan
seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita
akan tahu..

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA
DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih
sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang
lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda
adalah sahabat yang baik. Dan orang yang
menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang
paling baik. (Hukamak)

0 Comments:

Post a Comment